GBP/USD Sambung Pamer Rekod Cemerlang Pada Pembukaan Pasaran Minggu Ini

343

Setelah mencatatkan HL (higher low) yang terbaharu, harga pada carta pasangan matawang GBP/USD kekal menyambung trend bullish seperti yang telah dipamerkan pada penutup dagangan minggu lalu.

Pergerakan harga turut menterjemahkan peningkatan melebihi 100 pips untuk kembali menguji zon SBR (support become resistance) 1.36000 sebelum bergerak sedikit mendatar pada sesi Asia hari ini (Selasa).

Kelemahan matawang US dolar antara menjadi faktor yang telah memangkin harga pada carta GBP/USD untuk terus meningkat meskipun memperoleh tekanan daripada kenaikan harga gas di UK.

Di kala faktor berkenaan, matawang Pound akhirnya berjaya mencuri sedikit peluang untuk pamerkan pengukuhan semula pada ketika USD yang dilihat sedikit bergelut untuk kembali pamer penguasaan.

Faktor pengkuhan itu juga disokong oleh ucapan Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pada sebelum ini yang menyuarakan kenyataan berbaur hawkish mengenai penetapan dasar bank pusat.

Pada sesi Asia hari ini (Selasa), pergerakan harga masih lagi bergerak perlahan di paras sekitar 1.36000 dan kekal didagangkan di atas paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Sekiranya harga berjaya mengekal corak kenaikan setelah memberi isyarat awal perubahan trend pada penghujung minggu lalu, lonjakan dijangka akan menuju ke zon SBR seterusnya pada paras 1.37000.

Kenaikan yang agresif bakal menuju semula ke zon SBR 1.38000 bagi memperlihatkan corak uptrend yang lebih ketara dan memberi pelabur bayangan untuk harga menguji zon resistance 1.39000.

Jika harga kembali menyusut, penurunan berikutnya dilihat akan kembali menguji zon RBS (resistance become support) 1.35000 yang sebelum ini merupakan paras tumpuan untuk ditembusi.

Junaman yang melepasi zon RBS tersebut bakal mempamerkan trend penurunan ke paras terendah yang dicipta pada minggu lalu sekitar 1.34000.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat