GBP/USD Separa ‘Bullish’, Kenaikan Harga Diteruskan Lepasi $1.2600

168

Corak kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD diteruskan pada Rabu semalam menyambung pergerakan pada hari sebelumnya.

Prestasi US dolar yang masih merosot menuju ke penghujung minggu ini masih memberi ruang kepada Pound untuk meningkat walaupun pemulihan harga dilihat perlahan.

Jika diperhati pada carta GBP/USD, harga yang telah mula bergerak di atas paras 1.26000 selepas berjaya ditembusi, memaparkan kenaikan harian sekitar 40 pips ke paras 1.26400.

Kenaikan itu diteruskan selepas pergerakan harga Selasa telah menembusi garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut yang memberi isyarat lebih awal untuk perubahan trend bullish.

Pergerakan harga di sesi Asia pagi ini perlahan di sekitar paras 1.26400 yang dicapai semalam dengan jangkaan kenaikan harga bakal diteruskan pada sesi-sesi berikutnya.

Sasaran adalah untuk menuju paras tumpuan pada 1.27000 dan reaksi harga akan diperhatikan bagi pelabur menilai petunjuk untuk pergerakan selanjutnya.

Jika kenaikan lebih tinggi diteruskan, paras ketinggian pada minggu sebelum ini sekitar 1.27700 menjadi sasaran untuk diuji semula.

Namun, pelabur akan berhati-hati untuk perubahan trend jika harga mula bergerak susut di bawah paras 1.26000.

Selepas turut melepasi sokongan MA50, penurunan harga bakal menuju semula ke zon support 1.25000.

Di awal minggu, penurunan harga yang berlaku gagal menyentuh paras tersebut sebelum kenaikan semual dipaparkan harga.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat