GBP/USD Susut Ke Bawah, Uji Semula Zon ‘Hotspot’ $1.2700!

215

Corak pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD mula mencuri perhatian pelabur di sesi Asia pagi ini (Selasa) berbanding pergerakan pembukaan awal minggu semalam yang perlahan berikutan cuti umum di Amerika Syarikat (AS) yang membuatkan US dolar mendatar.

US dolar mula kukuh pagi ini didorong faktor sentimen risk-off pasaran ketika kebimbangan ketegangan geopolitik di Timur Tengah terus menyelubungi.

Hari ini pelabur akan berhati-hati pula untuk pergerakan Pound yang akan dipengaruhi oleh laporan data pekerjaan UK di sesi Eropah sebentar lagi.

Di sesi Asia ini, Pound alami penyusutan ditekan oleh pengukuhan US dolar namun situasi boleh berubah pada sesi-sesi berikutnya.

Meneliti carta GBP/USD, harga bergerak dalam julat sekitar 50 pips semalam dengan corak penurunan perlahan di perhatikan.

Kenaikan harga juga dilihat terhalang oleh garisan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut, memberi isyarat untuk kecenderungan pergerakan bearish.

Penurunan terus berlaku pada pembukaan sesi Asia pagi ini menyaksikan harga ke paras tumpuan 1.27000.

Ini merupakan zon support penting yang telah diuji beberapa kali sepanjang dagangan minggu lepas, namun gagal harga tembusi.

Jika harga susut lebih rendah di bawah paras tersebut, pergerakan bearish harga yang lebih jelas akan diperlihatkan.

Penurunan selanjutnya dijangka untuk mencecah hingga ke zon tumpuan pada 1.26000.

Namun, jika minggu ini juga harga kembali paparkan lantunan dari 1.27000, kenaikan harga akan cuba untuk melepasi halangan MA50 sebelum memberi isyarat perubahan trend semula.

Seterusnya zon 1.28000 akan jadi sasaran yang akan dituju pada corak kenaikan harga yang berjaya diteruskan.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat