GBP/USD Susut Lebih Rendah Menjelang Mesyuarat BOE

431

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah pamerkan penurunan sehingga ke paras 1.38100 pada sesi New York semalam berikutan tekanan pada mata wang Pound.

Gabenor bank pusat England (BOE) Andrew Bailey menyatakan bahawa bank pusat bersedia untuk meningkatkan pembelian bon kerajaan dan memberi isyarat berwaspada terhadap pemulihan ekonomi UK.

Ini juga memberi petunjuk terhadap pelonggaran polisi bagi mesyuarat polisi BOE pada Khamis yang akan mempengaruhi pergerakan Pound dalam pasaran.

Selepas harga jatuh ke zon RBS (resistance become support) semalam, dilihat harga kembali membuat kenaikan semula dan menutup dagangan sekitar 1.38900 dengan kenaikan dihalang oleh paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Bersambung pada sesi pasaran Asia pagi ini, harga bergerak perlahan di sekitar halangan MA50 tersebut dan berkemungkinan ditekan lebih rendah semula.

Zon RBS 1.38300 akan kembali menjadi tumpuan pada penurunan yang dijangkakan hari ini sebelum keputusan mesyuarat BOE akan memberikan arah pergerakan harga yang lebih jelas.

Sekiranya harga berjaya mengukuh berkemungkinan faktor penyusutan US dolar, zon resistance 1.4000 masih lagi menjadi paras tumpuan utama harga.

Paras rintangan tersebut masih kebal untuk ditembusi selepas diuji untuk 2 minggu berturut-turut.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat