GBP/USD Tembus Paras 1.27500, Tinggi Mana Lagi Harga Akan Naik?

732

Sangkaan pasaran untuk dagangan Pound Sterling terus menyusut walau bagaimanapun meleset setelah matawang British itu masih bergerak lebih kukuh berbanding US dolar.

Walaupun masih dibelenggu kebimbangan terhadap perkembangan rundingan Brexit antara UK dan Kesatuan Eropah (EU), Pound pamerkan kenaikan pada dagangan Rabu susulan aktiviti perniagaan di UK akan dibuka semula pada minggu hadapan menurut Perdana Menteri Boris Johnson.

Kesempatan terus diambil oleh Pound untuk meneruskan kenaikan harga lebih tinggi berbanding US dolar pada hari ini di tengah-tengah kewaspadaan pelabur terhadap dagangan US dolar menjelang data inflasi US dan mesyuarat FOMC.

Jika diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD, harga telah berjaya membuat kenaikan melepasi paras ketinggian 1.27500 pada awal sesi pasaran Eropah hari ini.

Sejak awal minggu, harga dilihat beberapa kali menguji paras ketinggian tersebut dan pergerakan harga semalam telah turun melepasi sokongan dinamik Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga pada carta GBP/USD seakan memberi isyarat perubahan trend bearish.

Harga walau bagaimanapun gagal melepasi penurunan lebih rendah dari paras 1.26200 yang merupakan zon RBS (resistance become support). Kenaikan kembali dipamerkan semula menuju paras resistance 1.27500 sehingga penghujung sesi New York.

Bersambung pada dagangan hari ini, harga yang telah berjaya melepasi paras resistance 1.27500 tersebut dijangka akan meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Destinasi tumpuan seterusnya berkemungkinan menuju zon SBR (support become resistance) pada sekitar 1.29500.

Sebaliknya jika penurunan harga berlaku, paras tumpuan adalah pada zon RBS 1.26400-1.26200. Melepasi penurunan lebih rendah dari zon tersebut bakal memberi isyarat perubahan trend bearish harga.

Seterusnya zon RBS sebelum ini akan kembali menjadi destinasi tumpuan seperti sekitar 1.25000 dan 1.23600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat