GBP/USD Tembusi Paras Support 1.3000, Jangkaan Penurunan Harga Lebih Rendah?

917

Pergerakan harga pada chart pasangan matawang GBP/USD terus menunjukkan corak penurunan harga berikutan Sterling yang terus didagangkan lemah dalam pasaran.

Pelabur masih melihat ketidaktentuan pada rundingan Brexit masih menimbulkan kebimbangan walaupun tarikh pengunduran Britain dari Kesatuan Eropah telah dilanjutkan sehingga 31 Oktober nanti.

Berbanding dagangan USD yang mengukuh, Sterling gagal melonjakkan harga setelah data jualan runcit di UK dikeluarkan semalam walaupun bacaan data adalah positif.

Data jualan runcit di Amerika Syarikat yang dikeluarkan semalam dilihat menjadi faktor yang menyokong pengukuhan matawang dolar Amerika itu semula.

Dagangan GBP/USD telah membuat penurunan sehingga berjaya melepasi paras penting iaitu pada support 1.3000. Penurunan tersebut juga telah mencecah ke paras support MagicS3 dari paras Magic Pivot pada indicator Moshed Magic Line semalam.

Namun setelah mencecah ke paras terendah harian semalam sekitar 1.29800, harga mula bergerak mendatar sehingga bersambung ke sesi Asia hari ini.

Dagangan hari ini menunjukkan pergerakan pasif harga dan berlegar di bawah paras 1.3000 yang berjaya ditembusi semalam dan paras tersebut juga merupakan paras Magic Pivot pada bacaan indicator Moshed Magic Line untuk hari ini.

Jika harga gagal membuat kenaikan melepasi paras tumpuan tersebut, jangkaan penurunan harga akan menuju ke paras sekitar 1.29300 atau meneruskan penurunan lebih rendah berkemungkinan mencecah ke paras support 1.2882 (MagicS3) dengan mencatatkan sekitar 120 pips pergerakan harga.

Namun jika harga berjaya membuat kenaikan lebih tinggi dari paras Magic Pivot hari ini, kenaikan harga dilihat akan menuju ke paras sekitar 1.30700 dengan jangkaan 70 pips pergerakan harga atau sekitar paras resistance MagicR2 pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras support dan resistance pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian anda.

Paras support: 1.2956, 1.2930, 1.2882.

Paras resistance: 1.3030, 1.3078, 1.3103.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat