GBP/USD Terjun 150 Pips Menutup Dagangan April

355

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD dilihat menjunam pada dagangan Jumaat lalu apabila US dolar menutup dagangan April dengan pengukuhan setelah bergerak lemah sepanjang minggu lalu.

Minggu lalu harga gagal mencapai paras rintangan 1.4000 seperti minggu sebelumnya, malah membuat penurunan ke paras terendah mingguan terbaru ke zon RBS (resistance become support) 1.38000.

Mata wang Pound dilihat masih lagi berisiko dengan kenaikan harga pada carta GBP/USD lebih didorong oleh penyusutan US dolar.

Menjadi tumpuan pada minggu ini pula, mesyuarat polisi bank pusat England (BOE) dijangka akan menambahkan lagi tekanan buat Pound.

Kadar faedah dijangka akan terus dikekalkan oleh BOE, sementara pelabur akan memberi fokus terhadap pembelian bon oleh bank pusat dan petunjuk sama ada akan mengekalkan polisi yang longgar dalam menyokong ekonomi.

Penurunan harga pada carta GBP/USD sekitar 150 pips pada Jumaat lalu turut memberi isyarat awal untuk perubahan trend bearish.

Menyambung dagangan pada awal minggu dan permulaan Mei, harga perlahan pada zon RBS 1.38300-1.38000 yang akan menentukan pergerakan harga seterusnya.

Dengan corak harga yang dipaparkan, harga berkemungkinan akan susut lebih rendah dan menuju pula ke paras tumpuan seterusnya pada 1.37000 yang merupakan zon sokongan pada dagangan Mac dan April lalu.

Sebaliknya jika harga berjaya melonjak semula dari zon RBS tersebut, kenaikan harga bakal menguji rintangan 1.39200 sebelum ke paras rintangan tumpuan 1.4000 semula.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat