GBP/USD Terjun 160 Pips, Kekalkan Corak Penurunan Harga Sepanjang Minggu

216

US dolar mengukuh di sesi terakhir dagangan minggu lalu dengan mencatatkan keuntungan harian yang terbesar sejak pertengahan Jun lalu susulan kesan terbitan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) di sesi New York.

Pertambahan pekerjaan AS untuk bulan Julai meningkat kepada 528,000 mengatasi ramalan 250,000 menjadi kenaikan tertinggi sejak Februari.

Selain daripada itu, kadar pengangguran AS juga menurun ke paras 3.5% berbanding daripada jangkaan untuk kekal di paras 3.6%.

Gambaran sektor buruh yang kukuh di AS itu kembali mencetuskan jangkaan cadangan untuk Federal Reserve (Fed) mungkin perlu meneruskan kenaikan kadar faedah secara agresif dalam tempoh yang terdekat dengan kenaikan 75 mata asas buat kali ketiga berturut-turut.

Memantau prestasi mata wang Pound pula, selepas mesyuarat Bank Of England (BOE) yang menyaksikan kenaikan kadar faedah sebanyak 50 mata asas pada minggu lalu, masih gagal untuk menyokong pengukuhan Pound sehingga ke akhir minggu lalu.

Seterusnya pelabur akan memberi tumpuan pula pada minggu ini terhadap terbitan data keluaran dalam negara kasar UK dengan jangkaan bakal mencatatkan bacaan penguncupan untuk bulan Julai dan suku kedua.

Memerhatikan pergerakan harga carta pasangan mata wang GBP/USD pada Jumaat lalu, harga yang pada mulanya bergerak mendatar di sesi Asia dan Eropah kemudiannya memaparkan terjunan ke paras terendah mingguan terbaru untuk mengekalkan corak penurunan sepanjang minggu.

Harga telah mencatatkan penurunan harian sekitar 160 pips sehingga mencecah ke zon 1.20000 selepas terjunan ketara harga yang melepasi paras sokongan pada 1.21000.

Pergerakan harga kekal di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD memberi isyarat harga akan terus berada dalam trend bearish bersambung pada dagangan minggu ini.

Selepas susut ke zon 1.20000, harga dilihat melantun semula menuju ke paras 1.21000 yang kini menjadi paras rintangan buat harga sebelum harga menutup dagangan sesi terakhir minggu tersebut di sekitar 1.20700.

Sekiranya pada sesi dagangan awal minggu ini harga berjaya meneruskan penurunan lebih rendah, dijangkakan harga bakal menguji sekali lagi paras 1.20000 sebelum melanjutkan penurunan ke beberapa paras tumpuan sebelum ini seperti di paras 1.19400 atau pada 1.18800.

Sebaliknya jika harga meningkat semula dan berjaya melepasi paras halangan 1.21000, harga bakal meneruskan kenaikan dan reaksi harga pada paras halangan MA50 akan dinilai pelabur untuk isyarat perubahan trend bullish yang boleh berlaku.

Untuk jangkaan bagi kenaikan lebih tinggi yang diteruskan, paras rintangan pada 1.22000 yang diuji pada minggu lalu akan kembali menjadi sasaran harga untuk dicapai semula pada minggu ini.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat