GBP/USD Terjun Hampir 100 Pips Ke Bawah Paras $1.2700 Semula!

217

Kejutan buat pelabur Pound semalam, corak pergerakan harga yang dipaparkan sebelum ini telah mula berubah susulan kembali menerima asakan pengukuhan raja mata wang, US dolar.

Dapat diperhatikan di carta pasangan mata wang GBP/USD, kenaikan harga minggu lalu yang diteruskan pada awal minggu ini mula memberi isyarat perubahan arah pada Selasa semalam.

Ini disebabkan harga telah memaparkan penurunan harian sekitar hampir 100 pips!

Pada mulanya, kenaikan dipaparkan terlebih dahulu di sesi Asia mencapai ketinggian sekitar 1.27450 sebelum penurunan harga mula dipaperkan di sesi Eropah hingga bersambung ke sesi New York.

Harga terjun melepasi paras 1.27000 sebelum mencecah sekitar 1.26500 di sesi New York sebelum melantun sedikit untuk menutup dagangan di sekitar 1.26800.

Harga perlahan berlegar di bawah zon 1.27000 pada sesi Asia pagi ini (Rabu) selain memberi isyarat bearish di mana harga juga dilihat berada di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu.

Jika harga gagal untuk melepasi 1.27000, penurunan harga boleh berlaku semula untuk menyambung corak semalam.

Melepasi paras harga di sesi New York semalam akan mendorong harga menuju ke support 1.26000 yang diuji pada minggu lalu.

Namun jika harga berjaya melonjak melepasi 1.27000 dan juga halangan MA50, ini akan menjadi isyarat bullish untuk harga meneruskan kembali corak kenaikan sebelum ini.

Mengatasi ketinggian dicapai semalam, kenaikan lebih tinggi bakal diperlihatkan dengan sasaran harga untuk menuju zon rintangan 1.28000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat