GBP/USD Terjun Lagi, Sambung Corak Bearish Minggu Lalu!

156

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD mempertontonkan terjunan harga pada dagangan awal minggu semalam. Apa yang terjadi sebenarnya?

Penganalisis melihat penurunan harga yang berlaku didorong oleh pengukuhan US dolar yang memanfaatkan kesan positif terhadap terbitan laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lepas.

Bacaan laporan yang baik sedikit mengurangkan tekanan untuk Federal Reserve (Fed) memperlahankan dasar, sebaliknya kembali membuka ruang ke arah pengetatan dasar bagi menurunkan inflasi ke paras sasaran.

Justeru, Pound terpaksa menahan asakan US dolar buat ketika ini, namun tidak mustahil situasi boleh berubah pada bila-bila.

Jika diperhatikan carta GBP/USD, harga menyusur ke paras 1.24000 pada sesi Asia, namun melantun 40 pips ke paras 1.24400 di sesi Eropah dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Setelah gagal meneruskan pendakian lebih tinggi, terjunan harga telah dipaparkan pada sesi New York sehingga harga mencecah sekitar 1.23500.

Namun pada penutup penghujung sesi itu harga dilihat melantun semula dan kenaikan diteruskan pada sesi Asia pagi Selasa menuju paras 1.24000.

Halangan MA50 juga turut diuji sementara reaksi harga diperhatikan pelabur untuk petunjuk pergerakan seterusnya pada sesi-sesi berikutnya pula.

Sekiranya harga kembali membuat penurunan semula, paras yang dicecah pada penurunan semalam berkemungkinan akan diatasi sebelum harga menuju zon sokongan pada 1.23000.

Penurunan lebih rendah dilihat pula akan zon RBS (resistance become support) tumpuan sebelum ini iaitu pada 1.22000.

Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan ke paras lebih tinggi hari ini, zon rintangan pada 1.25000 berkemungkinan akan diuji semula.

Melepasi rintangan itu akan mencatatkan paras ketinggian terbaru harga dengan sasaran beralih pula pada ketinggian sekitar 1.26000.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat