GBP/USD Terjun Semula 200 Pips Menjelang NFP!

236

Belum sempat Pound bernafas lega, US dolar kembali memberi tekanan semula apabila pengukuhan raja mata wang itu dipaparkan pada sesi New York semalam.

Ini adalah menyusuli terbitan data pekerjaan ADP sektor swasta Amerika Syarikat (AS) untuk Disember 2022 dengan bacaan angka yang melonjak lebih tinggi mengatasi jangkaan dan jumlah pada bulan sebelumnya.

Memberi isyarat positif menjelang laporan NFP AS pada hari ini pula (Jumaat), US dolar kembali menekan kebanyakan mata wang utama yang lain dalam pasaran termasuk Pound.

Carta harga pasangan GBP/USD telah menyaksikan penurunan harian sehingga 200 pips dicatatkan untuk Khamis semalam.

Setelah reaksi suram minit mesyuarat FOMC, harga yang mendatar di sekitar 1.20700 telah membuat penurunan awal ketika menuju ke sesi Eropah semalam ke zon 1.2000.

Zon tersebut gagal untuk melantunkan semula harga, sebaliknya harga ketara menjunam di sesi New York setelah melepasi paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD tersebut.

Paras terendah terbaru dicatatkan apabila harga mencecah ke paras tumpuan 1.18800 sebelum berlaku lantunan lemah semula harga menyambung dagangan di sesi Asia pagi ini di sekitar tersebut.

Berkemungkinan penurunan harga bakal diteruskan lagi jika US dolar mengekalkan pengukuhan untuk harga melepasi pula paras sokongan semasa pada 1.18800.

Sasaran berikutnya adalah untuk menuju ke zon support 1.18000 dan bakal mencatatkan paras terendah terbaru 6 minggu.

Namun jika laporan NFP memberi kesan lonjakan semula harga, rintangan pada 1.2000 akan menjadi tumpuan untuk diuji kembali.

Melepasi zon penting itu akan mendorong harga meningkat lebih tinggi untuk ke sasaran rintangan terdahulu iaitu sekitar 1.21000 yang telah menjadi penghalang kenaikan harga beberapa minggu lalu sejak penghujung 2022.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat