GBP/USD Terjun Semula Susulan Laporan Brexit

656

Pound Sterling kembali didagangkan susut pada sesi Eropah semalam berikutan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan Brexit antara United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU).

Dilaporkan bahawa rundingan di London dijangka berakhir pada penghujung minggu ini, namun wakil EU tidak menjangkakan untuk persetujuan akan dicapai.

Susulan kebimbangan terbaru itu telah menekan mata wang Pound yang sebelum ini bergerak meningkat sejak minggu lalu berbanding US dolar.

Pada carta harga pasangan GBP/USD semalam, harga telah menguji paras ketinggian 1.33000 merekodkan paras tertinggi terbaru 10 minggu.

Namun, susulan perkembangan kurang baik Brexit tersebut telah kembali memperlihatkan harga menjunam semula sekitar 120 pips ke paras sokongan 1.32000 di zon RBS (resistance become support).

Harga yang telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam juga turut memberikan isyarat awal untuk perubahan trend bearish pada carta GBP/USD.

Jika penurunan berjaya diteruskan, harga bakal turun menuju paras 1.31500 sebelum penurunan lebih rendah akan menguji zon RBS sekitar 1.30600.

Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula, zon resistance 1.33000 akan diuji sekali lagi untuk harga terus mencatatkan paras tertinggi terbaru.

Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat