GBP/USD Terus Bergaya Dalam Catat Paras Ketinggian Terbaharu

352

Berita yang memberangsangkan daripada beberapa perbincangan untuk selesaikan krisis Brexit dilihat terus mempengaruhi momentum matawang Pound untuk kekal mengukuh sepanjang bulan Disember.

Yakni yang mana apabila kesatuan Eropah (EU) dan UK dilaporkan telah mencapai kata sepakat dalam meningkatkan kuota pekerja Britain berkaitan isu nelayan yang akan berkuatkuasa bermula April 2022.

Matawang USD juga pula seakan memapar sedikit penguasaan setelah mendapat sokongan daripada kecairan matawang rendah dan berkait kepada spekulasi langkah tapering oleh Federal Reserve (Fed).

Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/USD yang baharu sahaja ingin meneruskan lagi kenaikan tampaknya sedikit terencat di awal sesi New York semalam (Selasa) untuk kembali mendatar.

Akan tetapi kedukaan tersebut tidak lah begitu terluka setelah keupayaan harga tampaknya telah pun sempat membuat paras ketinggian yang terbaharu sepanjang tempoh masa 6 minggu sekitar 1.34600.

Bertitik tolak bahawa pergerakan harga kekal meneruskan aksi mendatar itu ketika awal sesi Asia hari ini (Rabu) dan terus didagangkan di paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe 1 jam.

Walau bagaimanapun paras ketinggian 1.34600 bakal menjadi paras tumpuan awal yang akan dicapai andai kata harga kekal menterjemahkan prestasi cemerlang dalam membuat kenaikan yang lebih gah.

Demikian kemungkinan yang besar untuk pergerakan harga mengekalkan trend kenaikan adalah bakal mempamerkan keupayaan untuk harga mampu catat pendakian ke zon rintangan terdekat di 1.35000.

Secara khususnya sasaran mungkin bakal juga diletakkan pada paras ketinggian yang diuji sebelum ini sekitar 1.33640 sekiranya harga kekal susut dan sekali gus akan memberi permulaan corak downtrend.

Manakala zon RBS (resistance become support) 1.33000 mungkin akan dijadikan sebagai sasaran yang berikutnya jikalau pergerakan harga susut lebih rendah menjelang penutup suku keempat tahun 2021.

Lihat gambar carta harga pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat