GBP/USD Terus Melonjak Lagi Capai Paras Tertinggi 11 Minggu!

348

Carta harga pasangan mata wang GBP/USD tanpa memandang ke belakang terus memecut laju mencatatkan paras ketinggian terbaru lagi dengan lonjakan yang dipamerkan semalam.

Kenaikan harga berlaku susulan reaksi awal pelabur terhadap data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan mencatatkan angka tertinggi sejak 1982!

Dijangkakan US dolar untuk melonjak sebelum ini, namun raja mata wang tersebut bergerak susut dalam pasaran dan turut membuka laluan untuk Pound terus maju.

Harga telah berjaya melepasi paras rintangan pada 1.36500 mencatatkan kenaikan harian semalam sekitar 90 pips.

Mencapai paras ketinggian sekitar 1.37100 di penghujung sesi New York, harga telah merekodkan paras tertinggi terbaru untuk tempoh dagangan 11 minggu!

Pergerakan harga yang bersambung perlahan pada sesi Asia pagi ini (Khamis), harga dijangka akan bergerak lebih agresif pada sesi-sesi berikutnya dengan tumpuan akan terarah pada data indeks harga pengeluar (PPI) AS.

Kenaikan harga jika diteruskan dijangka akan menuju paras ketinggian terbaru 1.37400 yang merupakan paras tumpuan pada dagangan Oktober lalu.

Pergerakan harga akan kekal berada dalam trend bullish sekiranya masih berada di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam.

Belum lagi tiada tanda-tanda untuk penurunan harga berlaku, namun pelabur mungkin berwaspada sekiranya US dolar boleh mengukuh semula menjelang terbitan data PPI AS malam nanti.

Jika penurunan mula berlaku, harga dilihat akan menguji beberapa paras sokongan, antaranya pada 1.36500 dan 1.35700.

Penurunan lebih rendah bakal menuju paras sokongan minggu lalu pada 1.35000 atau lebih rendah 1.34000.

Lihat gambar carta pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat