GBP/USD Turun Semula Uji Zon RBS $1.2200 Sebelum Melantun

139

Corak penurunan harga mula dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD di penghujung minggu lalu.

Situasi berlaku apabila mata wang US dolar kembali didagangkan kukuh pada sesi-sesi akhir minggu lalu, mengurangkan sedikit kerugian yang telah dialami sebelumnya.

Penganalisis melihat berlaku aktiviti profit taking pada penghujung minggu selain data PMI pembuatan dan perkhidmatan Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan positif turut menyokong US dolar untuk mengukuh semula.

Sementara bacaan data yang sama di UK diterbitkan bercampur, memberi kesan juga terhadap penyusutan Pound.

Namun, situasi pengukuhan US dolar tersebut dijangka hanya sementara berikutan krisis perbankan yang telah merebak pula ke Jerman, dilihat akan terus memberi tekanan kepada US dolar.

Jika diperhatikan, harga yang telah berlegar di paras ketinggian 1.23400 pada Khamis lalu mula membuat penurunan di bawah paras 1.23000 menyambung dagangan pada Jumaat.

Setelah memberi isyarat awal harga yang berada di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta GBP/USD itu, harga telah susut hingga ke zon tumpuan 1.22000.

Seperti dijangkakan, reaksi menarik harga bakal dipamerkan setelah zon RBS (resistance become support) 1.22000 itu diuji.

Harga telah melantun semula sebelum menutup dagangan sesi terakhir minggu itu di sekitar 1.22300.

Sekiranya di awal minggu ini harga menyambung penurunan lebih rendah dan menembusi zon RBS 1.22000, akan menjadi isyarat bearish untuk harga melanjutkan penurunan menuju pula sekitar 1.21000.

Jika diteruskan lagi penurunan, zon 1.2000 akan menjadi sasaran harga berikutnya.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula minggu ini, melepasi paras halangan MA50 dan paras 1.23000 akan menjadi isyarat awal harga untuk menyambung pergerakan bullish.

Kenaikan lebih tinggi bakal atasi ketinggian minggu lalu sebelum mensasarkan pada 1.24000 untuk catatkan paras tertinggi terbaru 8 minggu.

Lihat gambar carta harga pasangan GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat