GBPUSD Analisa Fundamental Harian 12 Jun 2015

48

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar yang jatuh lebih 100 pips sepanjang sesi Asia Khamis semalam, untuk mencapai paras terendah sekitar 1.5420, kembali memacu naik pada sesi New York sebelum menutup sekitar paras 1.5515; selepas kerisauan terus melanda pasaran terhadap kekukuhan ekonomi Britain, walaupun selepas data menunjukkan defisit perdagangan UK pada bulan April adalah yang paling kecil dalam lebih setahun.

Data yang dikeluarkan minggu lalu, menunjukkan pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan dominan Britain yang paling perlahan sejak hampir empat tahun dalam bulan Mei, manakala inflasi telah menjadi negatif buat kali pertama sejak 1960; sekaligus menunjukkan Bank of England akan terus mengekalkan “interest rate” sehingga sekurang-kurangnya pertengahan 2016.

Peningkatan mendadak dalam pengeluaran perindustrian juga membantu menyokong Pound UK dan juga aliran keluar daripada Dollar AS. Pengeluaran meningkat sebanyak 0.4% pada bulan April berbanding anggaran kenaikan 0.1%; sekaligus meningkatkan angka tahunan kepada 1.2%. Peningkatan ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan besar dalam pengeluaran dalam sektor minyak dan gas.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat