Pound Dollar jatuh merudum lebih 190 pips dari paras tertinggi harian, sekitar 1.5096 Rabu semalam; selepas data “manufacturing production” tahunan UK dilaporkan jauh meleset dari jangkaan, 1.9% berbanding 2.6% dan juga sebelumnya. Ketika artikel ini ditulis, nilai tukaran GBP|USD sedang berada dibawah pivot harian – sekitar 1.4970 – dan pada sokongan mingguan – sekitar 1.4920
Kejatuhan “manufacturing production” UK itu, secara tidak langsung menjadikan “industrial production” juga lebih rendah. Pada December lalu, “industrial production” jatuh 0.2% apabila pelantar minyak di laut utara terpaksa diselenggara. Kejatuhan pada Januari lalu pula adalah daripada pembuat peralatan komputer dan elektronik, yang terpaksa mengurangkan produksi, ekoran permintaan yang semakin berkurang.
Hari ini United Kingdom bakal melaporkan defisit belanjawan yang semakin berkurang, dari -10.15 billion Pound kepada -9.7 billion pound. Pada masa yang sama, Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “retail sales” yang dijangka bertambah baik, pertambahan dari -0.8% kepada 0.3%; dan juga “unemployment claims” yang dijangka mengurang dari 320 ribu kepada 305 ribu pemohon. Pasaran dijangka memihak kepada Dollar, dan sebarang kenaikan nilai tukaran GBP|USD dilihat sebagai peluang jualan; melainkan terdapat elemen kejutan dalam ucapan Gabenor Mark Carney malam nanti.