GBPUSD Analisa Fundamental Harian 14 Oct 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar merudum lebih 180 pips Selasa semalam, untuk mencapai paras terendah harian sekitar 1.5200 sebelum menutup sekitar paras 1.5245; setelah data inflasi UK meleset dari sasaran, sekaligus menggerakkan kenaikan kadar Bank of England kepada tahun depan. Inflasi tahunan UK menjadi negatif pada September dan menandakan kali kedua pada tahun ini, yang harga telah jatuh; sekaligus mengukuhkan pandangan bahawa kadar akan kekal ditambat pada paras rekod terendah buat masa ini.

Harga pengguna (CPI) menurun 0.1% pada Ogos lalu, menurut Pejabat Statistik Kebangsaan UK semalam, selepas kekal tidak berubah pada bulan Julai. Inflasi diseret turun oleh kejatuhan harga minyak petrol dan diesel, serta pakaian dan harga kasut yang semakin meningkat pada kadar yang paling perlahan dalam tempoh tujuh tahun. Satu koktel harga komoditi yang rendah dan satu Pound yang kukuh berbanding mata wang utama lain – terutamanya euro; memastikan kos antarabangsa rendah, menurut penganalisis.

[adrotate group=”6″]

Meskipun kenyataan dari Gabenor Bank of England Mark Carney, bahawa tempoh inflasi yang rendah adalah sementara; Indeks Harga Pengguna (CPI) September lalu menunjukkan inflasi British jatuh ke dalam wilayah negatif sekali lagi. Memandangkan bahawa Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BoE menekankan ketiadaan tekanan harga sebagai alasan utama untuk mengekalkan kadar, data terkini menunjukkan masih jauh lagi sebelum para pedagang boleh mengharapkan dasar monetari yang lebih ketat.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat