GBPUSD Analisa Fundamental Harian 18 Feb 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-009

Pound Dollar berada dalam dagangan ‘ranging’ Selasa semalam, dengan paras tertinggi sekitar 1.5402 dan terendah sekitar 1.5311; sebelum menutup carta harian dengan “bearish doji”.  “Stop and reverse” indikator di carta harian yang telah berubah kepada uptrend sejak 16 hari yang lalu, kini sedang menguji resistance sekitar 1.5475 untuk membatalkan downtrend di carta mingguan.  Pivot bulanan adalah sekitar 1.5185

Inflasi tahunan UK yang dilaporkan pada 0.3% seperti jangkaan, dan meleset dari 0.5% sebelumnya; menyebabkan Bank of England memberi komen positif tentang kenaikan “interest rate”.  Gabenor BoE Mark Carney juga memberikan pandangan yang positif, tentang perkembangan ekonomi untuk tahun 2016 dan 2017.  Inflasi 0.3% merupakan yang terendah sejak 1989, memberikan kebaikan kepada pengguna.  Dengan pilihanraya umum yang bakal menjelang May ini, ianya satu kekuatan kepada parti pemerintah.

Hari ini United Kingdom bakal melaporkan keputusan undian untuk kenaikan “interest rate” yang dijangka tidak berubah; dan juga “unemployment rate” yang dijangka stabil pada 5.8%  Amerika Syarikat pula bakal melaporkan “building permits” yang dijangka bertambah baik dari 1.06 juta kepada 1.07 juta.  Pasaran dijangka ‘ranging’ sehingga Mesyuarat FOMC AS, awal pagi Khamis waktu Malaysia nanti, yang bakal jadi penentu arah untuk Dollar selanjutnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat