GBPUSD Analisa Fundamental Harian 19 Jan 2015

54

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-012Pound Dollar jatuh hampir 160 mata dari paras tertinggi Jumaat lepas, sekitar 1.5235, dalam dagangan tipis minggu lalu, yang menutup dengan “bearish doji” pada carta mingguan.  Pasaran dijangka terus dalam sentimen “bearish” untuk nilai tukaran GBP|USD, ekoran aktiviti ekonomi UK yang semakin mengurang; dan pada masa yang sama Amerika Syarikat dijangka menaikkan “interest rate” seawal April ini.  Dalam satu bancian oleh Bloomberg News, majoriti para penganalisa menjangkakan kenaikan itu adalah sekitar September 2015, setelah mengambil kira pelbagai faktor ekonomi.

Gabenor BoE, Mark Carney dalam satu temuramah mengatakan, UK juga dalam proses menaikkan “interest rate” cuma pada kadar yang lebih berhati-hati dan berjadual.  Para penganalisa tidak melihat kenaikan “interest rate” untuk Pound Sterling bakal berlaku tahun ini, melainkan seawal 2016.  Keadaan tarik menarik tentang “interest rate” ini dari Feds dan BoE, bakal menjadikan pasaran dalam dagangan “ranging” tahun ini, walaupun permintaan dilihat lebih memihak kepada Dollar.  Morgan Stanley dalam satu kenyataan kepada pelanggannya, mengatakan mereka menjangka nilai tukaran GBP|USD bakal jatuh ke serendah 1.45 pada suku ketiga tahun ini.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi yang bakal dilaporakan dari kedua-dua negara hari ini, pasaran dijangka terus “ranging” dengan para pedagang dilihat lebih berminat dengan strategi “sell-on-rally”.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat