GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Apr 2015

39

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-020

Pound Dollar yang jatuh lebih 75 pips pada sepanjang sesi Asia Khamis semalam, kembali memacu naik lebih 100 pips, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5070 pada petang sesi Eropah, sebelum menutup lebih tinggi dari pembukaan, sekitar paras 1.5055. Pound yang dijual ekoran sentimen ketidaktentuan politik Britain ketika ini, ditokok dengan data jualan runcit UK yang mengecewakan; kembali mendapat permintaan selepas Amerika Syarikat melaporkan data pengangguran yang bertambah buruk.

Pound telah meningkat 3 hari berturut-turut, terutamanya selepas komen-komen yang memberansangkan dalam minit mesyuarat Bank of England yang disiarkan pada hari Rabu lalu.  Para pembuat dasar monetari BoE dilihat lebih fokus kepada prospek untuk kenaikan inflasi, sekaligus menaikkan nilai tukaran GBP|USD dan penjualan besar-besaran bon UK – gilts, ekoran spekulasi kenaikan “interest rate” yang lebih tinggi.

Hari ini dengan ketiadaan data ekonomi dari UK, Dollar dilihat berpotensi untuk kembali menguasai pasaran terutamanya dengan data “durable goods orders” AS yang lebih baik dari jangkaan, 0.6% berbanding -1.4% pada sebelumnya.  Andai ianya meleset, Pound berpotensi untuk terus memacu naik.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat