GBPUSD Analisa Fundamental Harian 24 Feb 2016

29

Pound Dollar terus merudum untuk hari kedua Selasa semalam, lebih 145 pips untuk ke paras terendah harian sekitar $1.4005 sebelum menutup sekitar paras $1.4020; setelah kempen Pro-Brexit mendapat sokongan. Keputusan Datuk Bandar London, Boris Johnson untuk menyertai kempen UK keluar dari EU, telah meningkat jangkaan bahawa keputusan referendum pada Jun ini akan menjadi sengit.

Di pasaran UK, Mark Carney, Gabenor Bank of England, menyatakan bahawa terdapat pergerakan dalam Sterling sejak hujung minggu, apabila beliau mengumumkan bahawa referendum itu akan diadakan pada 23 Jun ini. Encik Carney berkata kepada Ahli Parlimen dalam Jawatankuasa Perbendaharaan, bahawa apa yang penting bagi pembuat dasar kewangan bukanlah sekadar pergerakan dalam kadar pertukaran, tetapi keterusan pergerakan itu dan juga sebabnya.

[adrotate group=”6″]

Seseorang anggota Jawatankuasa Dasar Monetari Bank, menambah: “Ia adalah mungkin bahawa pada satu ketika nanti, peningkatan ketidaktentuan daripada pelabur pertukaran asing juga akan menzahirkan dirinya ke dalam ketidakpastian pengguna dan perniagaan. Mereka akan teragak-agak sama ada untuk mengurangkan atau melambatkan perbelanjaan mereka.”

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat