GBPUSD Analisa Fundamental Harian 27 Jan 2015

30

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-019.jpg

Pound Dollar memacu naik kembali lebih 115 pips, untuk mencapai paras tertinggi sekitar 1.5103 Isnin semalam, selepas berada pada paras terendah bulanan yang baru, sekitar 1.4951 Jumaat lepas.  Kenaikan itu dilihat sebagai reaksi awal para spekulator, terhadap GDP UK yang bakal dilaporkan hari ini; yang dijangka lebih baik dari sebelumnya.  GDP suku ke-4 2014 dijangka meningkat dari 0.7% kepada 0.6% dan GDP tahunan pula dijangka meningkat dari 2.6% kepada 2.8%

Di pasasan ekuiti pula, Index FTSE 100 UK sedang cuba mengatasi resistance tahun lepas sekitar 6900.  Di pasaran modal, spekulasi berlegar-legar bahawa Bank of England berkemungkinan menaikkan “interest rate” pada pertengahan 2016.  Para pelabur yang kecewa tahun lepas lebih skeptikal kali ini, apabila ahli Majlis MPC BoE, Kristin Forbes dalam satu wawancara bersama wall street journal berkata, sekiranya inflasi melonjak naik dengan kukuh, “interest rate” mungkin terpaksa dinaikkan lebih awal dari jangkaan.

Hari ini data ekonomi berimpak tinggi GDP United Kingdom, bakal berdepan dengan “new home sales” dan “consumer confidence” dari Amerika Syarikat yang juga berimpak tinggi.  Dengan data kedua-dua negara memberi “bullish sentimen” pasaran dijangka “ranging”, walaupun para pedagang dilihat lebih berminat dengan strategi “sell-on-rally”.

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat