GBPUSD Analisa Fundamental Harian 28 Jan 2015

53

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-008

Pound Dollar jatuh lebih 50 pips ke paras terendah Selasa semalam, sekitar 1.5057; apabila GDP UK dilaporkan meleset dari jangkaan, sebelum memacu naik lebih 160 pips pada dagangan pagi New York; apabila data berimpak tinggi “durable goods orders” Amerika Syarikat pula keluar jauh meleset dari jangkaan.  Kini kadar tukaran GBP|USD berdepan dengan resistance “21 days moving average” pada carta harian, selepas 2 hari membentuk “bullish engulfing candles”.

GDP tahunan United Kingdom berkembang pada kadar 2.7% pada suku ke-4 tahun lepas, yang merupakan tertinggi sejak 2007, walaupun meleset dari jangkaan 2.8%  Para pedagang amat berharap stimulus “Quantitative Easing” (QE) dari ECB, bakal memberi kesan sampingan yang positif juga kepada ekonomi UK terkesan dari aktiviti ekonomi di Euro-Zone.  Menurut Chancellor George Osborne dari Kementerian Kewangan, GDP UK berkembang pada landasan yang betul, walaupun kurang dari sasaran 3% dalam kenyataan musim luruh beliau yang lalu.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi berimpak tinggi dari UK hari ini, Dollar dilihat bakal kembali menguasai pasaran, terutamanya jika Federal Reserve mengekalkan perspektif masa depan ekonomi AS, dan kekal positif dengan kenaikan “interest rate” seperti yang dijangkakan.

Belajar analisa fundamental cara MoshedFX, dapatkan Pakej Mudahnya Belajar Forex di sini – Klik Sini

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat