GBPUSD Analisa Fundamental Harian 8 Apr 2015

38

moshedfx-forex-malaysia-gbpusd-007

Pound Dollar menyusut lebih 110 pips Selasa semalam, dari paras tertinggi harian, sekitar 1.4920 sebelum menutup pada sekitar 1.4805; meletakkan kadar tukaran GBP|USD di bawah pivot hari ini, sekitar 1.4845 ketika artikel ini ditulis.  Pada masa yang sama, Pound Dollar juga telah menutup dibawah ’21 days moving average’ pada Isnin lalu, dan mengekalkan ‘downtrend’.

Di pasaran United Kingdom, laporan dari Markit menunjukkan perkembangan sektor perkhidmatan yang lebih baik terkesan dari aktiviti ekonomi yang meningkat.  Bacaan pada 58.9 adalah lebih baik dari jangkaan sebanyak 57 dan pada sebelumnya sebanyak 56.7  Walau bagaimanapun, dengan risiko pilihanraya umum pada 7 Mei ini yang berpotensi untuk merubah lanskap politik UK, Pound dijangka terus jatuh.

Dengan ketiadaan sebarang data ekonomi dari UK hari ini, Dollar dilihat berpotensi untuk terus menguasai pasaran, terutamanya dengan minit mensyuarat FOMC yang bakal disiarkan pada awal pagi Khamis nanti.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat