GDP Amerika Syarikat Pada Suku Kedua Tertinggi Sejak 2015

146

Pertumbuhan ekonomi US pada suku kedua bergerak lebih pantas berbanding jangkaan pasaran yang juga merupakan yang tertinggi sejak dua tahun lalu. Data kali ini juga menunjukkan isyarat pengukuhan momentum pada permulaan suku ketiga.

Data pertumbuhan ekonomi (GDP) US untuk anggaran kedua meningkat ke paras 3.0% dari tahun ke tahun (y/y) pada suku kedua 2017 berbanding 2.6% yang dicatat sebelum ini dan juga melebihi jangkaan 2.7%. Bacaan kali ini juga adalah yang tertinggi sejak suku pertama tahun 2015.

Terdapat kajian semula kepada bacaan perbelanjaan peribadi yang dinaikkan kepada 3.3% daripada 2.8% sebelum ini. Ini juga menjadi petunjuk kepada perbelanjaan pengguna di Amerika Syarikat yang mewakili dua per tiga daripada ekonomi US

Komponen pelaburan memberi sumbangan positif kepada suku kedua dengan kenaikan yang banyak dari perbelanjaan bukan penduduk. Terdapat juga kenaikan dari segi perdagangan pada tempoh sama.

Walaupun terdapat pertumbuhan dalam perbelanjaan kerajaan, tetapi ia lebih kepada perbelanjaan ketenteraan.

Dalam data kali ini, tiada perubahan kepada inflasi dengan indeks PCE (perbelanjaan penggunaan peribadi) merekod kenaikan 0.9%.

Data kali ini dijangka akan mengekalkan keyakinan terhadap jangkaan ekonomi khususnya dengan dagangan hadapan Fed Fund Future yang meningkat kepada 40% daripada 32% untuk kenaikan kadar faedah pada Disember.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat