GDP New Zealand Mencatat Pertumbuhan 0.6% Pada Suku Tahun Ketiga 2017

93

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan New Zealand pada hari ini, pertumbuhan ekonomi New Zealand mencatat peningkatan 0.6% dalam gross domestic product (GDP) pada suku tahun ketiga 2017.

Bacaan peningkatan GDP sebanyak 0.6% sejajar dengan jangkaan penganalisis namun bacaan ini lebih rendah berbanding suku sebelumnya yang mencatat peningkatan 1.0%.

Pertumbuhan 0.6% didorong oleh aktiviti pembinaan yang pulih berbanding dua suku sebelumnya. Pelaburan dalam infrastruktu dan pembinaan bangunan mencatat peningkatan yang kukuh.

Selain itu, sektor perkhidmatan seperti perubatan, perkhidmatan perniagaaan dan rekreasi juga menyumbang kepada pertumbuhan.

Perbelanjaan isi rumah meningkat 0.9% didorong oleh peningkatan perbelanjaan barangan tahan lama dan perkhidmatan. Perbelanjang barangan tahan lama naik 2.3%. Perbelanjaan isi rumah terhadap perkhidmatan naik 0.8% pada suku tahun ketiga.

GDP per capita naik 0.2% pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun sebelumnya yang mencatat 0.5%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat