GDP Q3 UK Meningkat, Mengukuhkan Jangkaan Rate Hike BOE Bulan Depan

63

Pertumbuhan ekonomi Britian bergerak laju pada suku tahun ketiga (GDP Q3) berdasarkan angka GDP yang dikeluarkan hari ini, mengukuhkan lagi jangkaan kadar faedah bank pusat England (BOE) akan dinaikkan pada bulan November depan.

Jabatan Statistik Negara UK melaporkan bacaan awal GDP UK bagi suku tahun ketiga (Jun-September) meningkat ke paras 0.4% berbanding jangkaan 0.3%.

Perkembangan dalam industri perkhidmatan menjadi pendorong utama kepada pertumbuhan ekonomi dengan meningkat hampir 0.4% pada suku tahun ketiga. Selain itu, sektor pembuatan turut memberikan hasil yang sama terutamanya bahagian pengeluaran kenderaan.

Ekonomi Britian berkembang lebih maju berbanding jangkaan ahli ekonomi selepas UK bersetuju untuk meninggalkan Kesatuan Eropah pada tahun lepas. Namun begitu, secara keseluruhannya prestasi ekonomi UK masih berada sekitar paras terendah tahun 2012 yang lalu.

Walau bagaimanapun, ramai menjangkakan BOE akan mula kembalikan kadar faedah ke paras 0.50% daripada 0.25% dalam mesyuarat polisi 2 November depan, berikutan bimbang pertumbuhan ekonomi tidak akan bergerak lebih pantas seperti sebelum ini tanpa menghasilkan inflasi lebih tinggi.

Berdasarkan unjuran tahun ke tahun, data awal GDP UK kekal di paras 1.5%. Bacaan GDP yang positif dan lebih tinggi telah mengukuhakan Pound berbanding semua matawang lain dengan GBP/USD naik hampir 30 pip selepas data dikeluarkan.

Selain itu jangkaan Britian akan mula mengemukakan panduan perjanjian peralihan Brexit pada Disember turut menyokong pengukuhan Pound serta memberi harapan baru kepada rundingan yang belum selesai tanpa sebarang keputusan muktamad.

Pound terus mengukuh dengan GBP/USD kekal di paras tertinggi harian, naik 75 pip daripada pembukaan harga hari Rabu kepada $1.3211 pada jam 5.55 petang.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat