Gemini & Genesis Kini Mangsa Baharu SEC!

122

“SEC ni seolah tak penat memburu mangsa baru.”

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) Amerika Syarikat (AS) mengenakan caj terhadap syarikat berkaitan mata wang kripto Genesis Global Capital dan Gemini susulan tawaran sekuriti tidak berdaftar melalui program “Earn” Gemini.

Terdahulu pada Disember 2021, Genesis yang merupakan anak syarikat konglomerat kripto Digital Currency Group (DCG) telah memeterai perjanjian bersama Gemini untuk menawarkan aset digital kepada para pelanggannya.

Melalui kerjasama tersebut, pelanggan Gemini diberi kebenaran untuk meminjamkan aset digital mereka kepada Genesis tetapi dengan syarat syarikatnya harus membayar balik pinjaman itu dengan faedah.

Berbalik kepada penerangan asal, SEC mendakwa program Gemini Earn haruslah didaftarkan dengan suruhanjaya ekoran syarikatnya adalah penjualan sekuriti.

Malah, Pengerusi SEC Gary Gensler turut menyebut bahawa Genesis dan Gemini perlu melindungi para pelabur daripada sebarang penipuan tetapi mereka telah menawarkan perkhidmatannya tanpa pendaftaran.

Tambahnya lagi, tindakan caj tersebut adalah bertujuan menyedarkan kepada setiap syarikat yang menawarkan perkhidmatan kripto untuk sentiasa mematuhi undang-undang SEC itu.

Dalam pada itu, DCG dilapor membekalkan sebanyak $140 juta kepada Genesis untuk kukuhkan kembali kunci kira-kiranya, tetapi dana tersebut masih tidak mencukupi dan syarikatnya terpaksa menggantung pengeluaran mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat