Gempak! WeChat Umum Sokongan Integrasi Yuan Digital Dalam Aplikasi!

258

Pada Januari yang lalu, WeChat yang merupakan aplikasi mesej serbaguna dan pembayaran mudah alih telah menyatakan hasrat untuk mula menyokong penyelesaian blockchain yuan digital. Langkah syarikat itu dijangka meningkatkan bilangan warganegara dalam menggunakan e-CNY dengan pantas kerana WeChat mempunyai hampir 1.2 bilion pengguna aktif.

Namun laporan terbaru menunjukkan bahawa mereka telah mula menyokong penyelesaian blockchain yuan digital. Perkhidmatan ini tersedia di semua 23 wilayah di China, di mana produk kewangan ini sedang diuji.

Dengan kata lain, WeChat telah membenarkan pelanggan untuk memudahkan transaksi dalam yuan digital. Pengguna perlulah mendaftar akaun dengan WeBank Tencent sebelum menggunakan CBDC. Menambah sokongan sedemikian daripada aplikasi dengan lebih daripada satu bilion pelanggan dijangka boleh meningkatkan pengedaran e-CNY dengan ketara.

Tidak ketinggalan, pesaing utama WeChat di China iaitu Alipay juga telah menetapkan tumpuannya pada pembayaran alternatif yuan digital. Pada tahun lalu, firma yang dikendalikan oleh “Alibaba affiliate Ant Group” dilihat telah memulakan percubaan untuk meneroka kemungkinannya dalam diterima pakai.

Bercakap mengenai perkara itu, Linghao Bao – Penganalisis di Consultancy Trivium China – berpendapat bahawa pengguna China sangat komited dalam menggunakan produk kedua-dua syarikat itu sehingga mereka tidak boleh diyakinkan untuk beralih kepada aplikasi pembayaran mudah alih yang baharu.

Tidak hairanlah bahawa bank pusat China juga komited untuk menjalin kerjasama dengan syarikat gergasi aplikasi tersebut. Walaupun telah banyak negara seperti United Kingdom, Kanada dan Jamaica telah mengumumkan hasrat untuk meneroka keluaran CBDC, China dilihat jauh ke hadapan dalam menerap CBDC dalam ekonomi nyata.

Setakat ini lebih daripada 140 juta rakyat China telah membuka dompet digital, 10 juta daripadanya adalah akaun korporat. Selain itu, pihak berkuasa negara turut membenarkan penggunaan produk kewangan semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat