Gempar! VanEck Failkan Solana ETF, Harga Menghijau!

298

Hanya enam hari sejurus selepas 3iQ memfailkan produk serupa di Kanada, pengurus aset VanEck memfailkan bagi menjual saham dalam dana dagangan bursa (ETF) Solana (SOL) iaitu pendaftaran pertama di Amerika Syarikat (AS).

Borang pendaftaran S-1 yang disimpan bersama Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) telah membantu meningkatkan keuntungan 24 jam SOL pada hampir 8% kemudian ukuran pasaran kripto lebih luas menambah 1.8%.

Menurut Matthew Sigel, Ketua Penyelidikan Aset Digital VanEck berkata SOL adalah komuniti bukanlah sekuriti susulan ia digunakan bagi membayar yuran transaksi dan perkhidmatan pada blockchain yang kian meningkat.

Tambahnya lagi, VanEck memfailkan SOL ETF disebabkan blockchain bertindak sebagai pesaing kepada Ethereum (ETH) ditambah pula terdapat kombinasi unik kebolehskalaan, kelajuan termasuk kos yang rendah.

Pun begitu, beberapa pakar berpandangan perbualan serius mengenai produk spot SOL ETF tidak akan bermula sehingga tahun 2025 sementara penganalisis Chartered Bank Geoffrey Kendric pula menganggap Ripple (XRP) sebagai pilihan seterusnya selepas SOL.

Namun perlu diketahui peluang untuk melancarkan spot SOL ETF adalah pada tahun 2025 sekiranya adanya pentadbir baharu di White House dan SEC, ulas penganalisis Bloomberg Intelligence ETF James Seyffart baru-baru ini.

Setakat penulisan ini, harga SOL mencanak sebanyak 7.35% pada paras $147 dalam tempoh 24 jam lalu dengan modal pasaran bernilai $68 bilion seterusnya mencatatkan pendakian 11.15% sepanjang minggu lepas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat