General Electric Kurangkan Pekerja Sebanyak 25% Akibat COVID-19

343

General Electric (GE) merupakan sebuah syarikat pembuatan enjin kapal terbang Amerika Syarikat yang bekerjasama dengan salah sebuah syarikat Perancis, CFM. Semalam, syarikat tersebut telah mengumumkan pengurangan jumlah pekerja sebanyak 25% yang melibatkan seramai 13,000 pekerja. Hal ini berikutan dengan penularan wabak coronavirus yang telah mengakibatkan kemerosotan secara mendadak dalam industri penerbangan sehingga syarikat itu terpaksa membatalkan pesanan.

Menurut General Electric, pengurangan jumlah pekerja ini akan dilaksanakan secara berperingkat melalui pemecatan dan perletakan jawatan para pekerja secara sukarela. Pada bulan ini, proses tersebut bakal melibatkan seramai 2,600 pekerja.

Inisiatif yang diambil oleh GE ini adalah bertujuan untuk mengurangkan kos operasi sekaligus memberi gambaran tentang krisis yang sedang dihadapi oleh kebanyakan sektor penerbangan.

Selain itu, Boeing turut mengambil langkah yang sama dengan mengurangkan jumlah pekerja sebanyak 10% serta menghadkan pengurangan pengeluaran pesawat jarak jauh 787 dan 777 atau 777X. Di samping itu, Airbus juga telah mengurangkan pengeluaran mereka.

Oleh yang demikian, GE didakwa telah terjejas kerana terlibat dengan pembuatan enjin pesawat bagi kedua-dua buah syarikat.

Sementara itu, GE telah mendedahkan bahawa trafik udara global dijangka turun 80% pada suku kedua berbanding Februari. Oleh itu, mereka terpaksa melaksanakan pengurangan kos operasi selama 2 bulan terakhir. Pengurangan jumlah pekerja ini adalah sebahagian daripada rancangan simpanan dana sebanyak $ 3 bilion dolar yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Tambahan daripada itu, sebahagian daripada pekerja yang terlibat dengan operasi penyelenggaraan dan penambahbaikan penerbangan diberikan cuti selama tiga bulan manakala pengambilan pekerja juga telah dibekukan dan pemberian bonus dibatalkan.

Untuk pengetahuan semua, hasil pendapatan syarikat berkenaan telah jatuh sebanyak 13% iaitu $ 6.9 bilion dolar sementara pesanannya mencatatkan penurunan 14%. Walau bagaimanapun, GE masih belum memohon bantuan kewangan yang telah dijanjikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang diperuntukkan untuk syarikat-syarikat bagi melindungi para pekerja mereka.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat