“Geng Paus” Tidak Gentar, Microstrategy Tambah Lagi Lebih 300 BTC!

372

Microstrategy yang merupakan pemegang korporat BTC terbesar dilaporkan telah membuat pembelian bitcoin pada awal hari ini.

Firma tersebut telah menambah 301 unit BTC pada harga purata di bawah $20,000 dan ini menjadikan simpanan pegangan Microstrategy kepada 130,000. Perkara ini diwar-warkan oleh pengasas dan pengerusi eksekutif MicroStrategy,
Michael Saylor di halaman Twitter dengan mengumumkan pembelian BTC terkini.

Syarikat tersebut membelanjakan $6 juta pada harga purata $19,851 setiap bitcoin untuk memperoleh 301 unit bitcoin, menjadikan jumlah pegangannya kepada 130,000 BTC. Dengan ini ia menjadikan syarikat teknologi perisian risikan perniagaan yang tersenarai di Nasdaq sebagai pemegang korporat terbesar bitcoin.

Namun begitu MicroStrategy telah berhadapan kerugian yang besar, dimana firma tersebut telah membelanjakan hampir $4 bilion untuk mengumpul BTC pada harga purata lebih daripada $30,000. Dengan BTC kini didagangkan pada sekitar $19,000, ini bermakna kedudukan firma bernilai $2.5 bilion atau berpotensi kerugian sebanyak $1.5 bilion.

Waima begitu, MicroStrategy telah berikrar untuk tidak menjual mana-mana pegangan bitcoinnya, walaupun dalam keadaan pasaran yang kurang baik. Menariknya, walaupun selepas Saylor meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, syarikat itu terus mengumpul lebih banyak BTC malah merancang untuk mengumpul lebih banyak wang untuk berbuat demikian.

Harga BTC kini didagangkan pada harga dagangan $18,877.32 dan Ethereum pula didagangkan pada $1,343.70.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat