Gerard Lyons Bakal Dilantik Sebagai Gabenor BOE Yang Baru

378

Sekitar April tahun ini, United Kingdom (UK) dikatakan mula mencari calon yang baru untuk menggantikan jawatan Mark Carney sebagai Gabenor Bank of England (BOE) yang baru setelah tamat tempoh perkhidmatan beliau.

Beliau telah bersetuju untuk berkhidmat sebagai Gabenor selama 5 tahun sejak 2013 namun telah menangguhkan pelucutan jawatan beliau sebanyak dua kali disebabkan faktor Brexit. Namun, beliau menyatakan bahawa tidak berhasrat untuk menangguhkannya buat kali ketiga dan dijangka akan berundur di penghujung Januari tahun 2020 nanti.

Menurut laporan oleh Bloomberg, calon utama yang dikaitkan sebagai pengganti jawatan Gabenor bank pusat adalah Gerard Lyons. Beliau merupakan bekas penasihat kepada Perdana Menteri UK yang baru Boris Johnson dan terkenal sebagai individu yang menyokong Brexit.

Lyons adalah Ketua Penasihat Ekonomi untuk Boris Johson sejak tahun 2013 hingga 2016 ketika Boris masih berkhidmat sebagai Datuk Bandar London sebelum ini.

Permulaan pada kepimpinan Boris Johnson sebagai Perdana Menteri UK yang baru dilihat langkah-langkah awal beliau memilih individu-individu yang sesuai untuk bersama-sama memperkasakan pentadbiran yang baru di Britain.

Turut dilaporkan bahawa Boris telah membawa Jo Johnson iaitu adik lelaki beliau ke kabinet untuk dilantik sebagai jawatan Menteri di Jabatan Strategi Perniagaan, Tenaga dan Industri.

Boris juga sebelum ini dilaporkan telah menawarkan jawatan Menteri Pertahanan kepada pesaingnya iaitu Jeremy Hunt, namun Hunt menolak tawaran tersebut. Tiada laporan lanjut berhubung tawaran tersebut.

Pasaran turut menantikan adakah percaturan yang disediakan oleh Boris Johnson di bawah pentadbiran beliau sebagai Perdana Menteri Britain yang baru akan kembali memulihkan semula ekonomi di Britain dan juga meningkatkan kembali dagangan Pound Sterling dalam pasaran kewangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat