‘Get Ready’ Trader! Malam Ini Ada Mesyuarat ECB

706

Perhatian para pelabur sesi Eropah hari ini pastinya tertumpu kepada mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) yang dijangka secara meluas akan meningkatkan pelonggaran kuantitatifnya pada malam ini.

Pada pertemuan Oktober lalu, Presiden ECB Christine Lagarde telah memberitahu bahawa bank pusat akan mengkalibrasi semula semua alat dasar monetarinya yang ada untuk mengatasi kesan negatif terhadap ekonomi disebabkan wabak pandemik coronavirus.

Ini telah mendorong pasaran untuk menjangkakan bahawa ECB akan meningkatkan program pembelian bon kecemasan (PEPP) mereka sebanyak € 500 bilion dan melanjutkan perlaksanaannya sekurang-kurangnya hingga akhir 2021.

Selain itu, bank pusat juga mungkin akan menawarkan pinjaman jangka panjang yang sangat murah kepada institusi kewangan lain.

Setakat ini, ECB masih menahan diri daripada menunjukkan optimisme terhadap perkembangan positif vaksin susulan penularan wabak Covid-19 yang membimbangkan di Eropah menyebabkan prospek jangka pendek tidak menentu.

Sementara itu, peningkatan nilai matawang euro mungkin menjadi kebimbangan bank pusat walaupun mereka tidak meluahkannya. Namun, nilai euro yang tinggi pasti akan menambahkan lagi tekanan buat kadar inflasi yang telah jatuh ke paras negatif.

Ketika berita ini ditulis, euro didagangkan sedikit susut dengan berlegar di sekitar paras harga 1.20900 berbanding US dolar.

Pergerakan harga malam ini mungkin agak terbatas memandangkan para pelabur telah mengetahui lebih awal mengenai langkah yang akan diambil oleh ECB. Bagaimanapun, pelabur perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan daripada faktor lain yang boleh mengganggu sentimen pasaran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat