Ghaz Abu Bakar Diumum Sebagai Pengarah ROMPAK – Filem NFT Pertama Di Asia Tenggara

825

Semalam telah berlangsung majlis script reading bersama barisan pelakon ROMPAK dan kru produksi. Antara barisan pelakon yang hadir termasuk Zizan Razak, Daiyan Trisha, Tony Eusoff, Yasmin Hani, Chubb-E, serta pengarah Ghaz Abu Bakar. CEO INTRADAY, Moshed Mohamad juga turut hadir ke majlis tersebut sebagai penerbit eksekutif.

Sebelum itu Ketua Pegawai Eksekutif 4ward Pictures, Nashrul Nasir telah mengumumkan Ghaz Abu Bakar sebagai pengarah telefilem tersebut. Ghaz yang terkenal dengan kejayaan filem Polis Evo dilihat sebagai pemilihan yang tepat dan pengumuman ini telah mendapat reaksi yang positif dikalangan pembeli NFT filem ini dan juga peminat filem tanah air.

“Penglibatan Ghaz, seorang pengarah filem yang sememangnya prolifik, akan memberikan nilai tambah, kualiti dan perspektif artistik yang berbeza dalam mempersembahkan jalan cerita Rompak kepada penonton.

“Keserasian, pemahaman genre dan pengalaman yang dimiliki olehnya akan memberi keyakinan bukan sahaja kepada barisan pelakon, juga termasuk penerbit dalam menghasilkan super tele berperuntukan tinggi ini” katanya.

Filem ROMPAK merupakan filem pertama di Asia Tenggara yang memanfaatkan teknologi NFT (Non-Fungible Token). Filem ini bakal memulakan penggambaran pada 26 Februari 2022 dan dijangka ditayangkan pada Jun 2022 di Astro First.

Bagi filem ROMPAK, teknologi NFT dimanfaatkan bagi membolehkan pelabur-pelabur NFT Malaysia turut sama dalam sebuah komuniti untuk mendokong pihak penerbitan filem ini dan dalam masa sama menerima pelbagai faedah seperti royalti keuntungan filem, airdrop NFT, akses kepada visual di sebalik tabir filem, foto-foto eksklusif, manfaat turut serta dalam proses pembikinan filem, menyertai tayangan perdana khas, kuasa memilih projek seterusnya (pemilihan cerita, pelakon dan storyline) dan manfaat-manfaat lain yang sedang dimuktamadkan.

Jualan private sale dan pre-sale untuk NFT filem ini telah habis dijual dan penjualan umum NFT filem ROMPAK ini akan dibuat pada awal bulan mac di platform Opensea.

(Sumber foto: Ghaz Abu Bakar Instagram)

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat