Gila! Elon Musk Cabar Vladimir Putin ‘Bergocoh’!

1,248

‘Kalau demo anok jantan Putin, mari 1 on 1. Selamber je Elon Musk cabar Putin.’

Dalam ketegangan perang Rusia-Ukraine yang masih berlarutan, turut mencuri tumpuan apabila manusia terkaya dunia, Elon Musk, telah mencabar Presiden Rusia, Vladimir Putin secara terbuka dan taruhan untuk pemenang adalah Ukraine.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla dan pengasas SpaceX itu dalam akaun Twitter peribadinya telah mencabar Presiden Vladimir Putin secara langsung untuk berentap dan menawarkan Ukraine sebagai habuan kepada pemenang pertarungan tersebut.

Dalam tweet tersebut Musk dilihat menulis dalam 2 bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Rusia.

Salah seorang dairpada 77 juta pengikut Twitter Musk telah bertanya jika beliau bermain-main dengan cabaran itu, namun Musk menyatakan bahawa beliau adalah ‘serius’.

Musk juga dilihat membuat provokasi dengan bertanya adakah Putin cukup berani untuk menyahut cabarannya dan mengatakan jika Presiden itu dengan mudah mengaibkan pihak Barat, maka dia mesti menerima cabaran tersebut.

Setakat ini, pihak Kremlin masih tidak memberi sebarang respon terhadap cabaran itu.

Namun, Ramzan Kadyrov, ketua Chechen, telah membalas tweet tersebut di Telegram dengan nada mengejek menyatakan bahawa kategori berat (merujuk kepada berat Mixed Martial Arts (MMA)) kedua-duanya berbeza dan menasihatkan Musk supaya melupakan hasrat tersebut kerana Putin bukan lawannya.

Selain itu, Timbalan Perdana Menteri Ukriane, Mykhailo Fedorov dilihat berseloroh dengan menyokong Musk sambil berkata jutawan tersebut boleh menghantar Putin ke Jupiter.

Sebagai makluman, Putin yang kini berusia 69 tahun memiliki tali pinggang hitam dalam seni mempertahankan diri Judo dan penulis bersama buku bertajuk ‘Judo: History, Theory, Practice’.

Manakala Musk yang berusia 50 tahun pula berkata bahawa beliau pernah berlatih dalam seni mempertahankan diri Karate, Teakwondo, Judo dan Jiu-jitsu Brazil semasa kecil.

Umum mengetahui bahawa Musk merupakan penyokong kuat Ukraine dengan menawarkan banyak bantuan kepada Kyiv dengan satelit Starlink kepunyaannya.

Selain itu, Musk juga sangat dikenali dengan tindakan ‘gila’ di Twitter peribadinya, di mana pada beliau perah menuduh SEC mengganggu dirinya dan membandingkan Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dengan Adolf Hitler.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat