Gila Kaya Gila! 3 Whales Ini Miliki Jumlah Koleksi NFT Tak Masuk Akal!

2,842

DappRadar mendedahkan whales dalam pasaran non-fungible token (NFT) berselera mengaut koleksi daripada Adidas Originals dan Doodles.

Tiga whales yang mendapat perhatian komuniti NFT difahamkan memiliki jumlah kumulatif pemilikan NFT bernilai $242.7 juta!

Siapa mereka?

Tiga whales tersebut: Pranksy, Dingaling, dan Wilcox.

Tetapi aktiviti Pranksy dalam ruang NFT lebih menarik perhatian, berdasarkan rincian berikut:

  • Memiliki sejumlah koleksi NFT bernilai $120 juta
  • Koleksi Doodles – 101 keping NFT, menjadikannya sebagai pemilik ke-4 terbesar koleksi tersebut
  • Koleksi Crypto Kitties – 2100 keping NFT
  • Koleksi Avastars – 1450 keping NFT
  • Dalam tempoh 6 bulan, Pranksy telah hasilkan 54,000 NFTs dan mengumpulkan 2,100 NFTs.

Dingaling

  • Memiliki minat terhadap NFT berkonsepkan avatar
  • Koleksinya terdiri daripada:
    • 157 keping NFT Voxies
    • 150 keping NFT VoxoDeus

Wilcox

  • Memiliki plot di metaverse CryptoVoxel
  • Koleksi NFT Meta Key
  • 5 keping NFT CyberKongz VX

Tetapi, persamaan mereka ialah masing-masing merupakan tuan tanah di metaverse The Sandbox, dan sejumlah besar koleksi NFT Adidas Originals.

Difahamkan koleksi menjadi kegilaan komuniti NFT selepas Adidas Original hasilkan kolaborasi dengan Bored Ape Yacht Club (BAYC), Pixel Vault, dan GMoney pada Disember.

Uniknya kolaborasi ini, ia boleh di-mint oleh mana-mana pemilik terawal koleksi tersebut pada kos cuma 0.2 ETH.

Sebagai rekod, Pranksy telah mint sebanyak 4,700 NFT, Dingaling pula berjaya mint dengan jumlah 476 NFT, dan Wilcox cuma 99 NFT sahaja.

Ketiga-tiganya belum flip koleksi tersebut.

Anda pula ada koleksi NFT apa? Penulis cuma ada…(rahsia)

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat