Gojek Indonesia Terima Pelaburan Dari WhatsApp, PayPal

274

Aplikasi WhatsApp yang diterajui Facebook Inc (FB.O) dan PayPal Holdings Inc (PYPL.O) telah melabur dalam servis pembayaran, penghantaran makanan dan pengendali aplikasi ride-hailing Gojek sebagai bentuk kerjasama dalam meraih dana yang dijalankan oleh perusahaan Indonesia itu.

Pihak WhatsApp dan PayPal tidak mendedahkan jumlah pelaburan yang dilakukan atau saham yang diterima. Namun, salah satu pelabur Gojek menjelaskan pelaburan daripada WhatsApp sangat bermakna.

Ketua Pegawai Pengurusan WhatsApp, Matt Idema menerusi sebuah catatan blog, syarikatnya tertarik untuk bekerjasama dengan Gojek sebagai usaha membantu pertumbuhan perniagaan kecil-kecilan.

Tindakan tersebut juga secara tidak langsung dapat mengukuhkan lagi kedudukan WhatsApp di Indonesia di mana terdapat lebih daripada 100 juta pengguna WhatsApp. Baru sebulan yang lalu syarikat itu melabur ke atas India’s Reliance Industries Ltd dengan jumlah pelaburan sebanyak $5.7 bilion.

Pada April lalu, Facebook dimaklumkan telah berbincang dengan Gojek mengenai pelaburan dan bekerjasama bersama tiga pengendali e-wallet di Indonesia termasuk GoPay Gojek dalam usaha untuk melancarkan servis pembayaran mudah alih di Asia Tenggara.

Ketua Pemasaran dari PayPal International, Cameron McLean berkata kemudahan pembayaran PayPal akan membantu dalam servis Gojek dan memudahkan pengguna untuk menggunakan GoPay melalui khidmat PayPal secara meluas.

Gojek mula diperkenalkan pada 2010 sebagai syarikat ride-hailing dan telah berkembang menjadi aplikasi one-stop, membolehkan pengguna untuk membuat pembayaran dalam talian termasuk memesan makanan dan servis. Buat masa sekarang, jenama tersebut aktif dalam empat pasaran dan memiliki aplikasi e-wallet yang baru dilancarkan di Filipina.

Gojek menerusi sebuah kenyataan mendedahkan bahawa pelabur yang sedia ada seperti Tencent Holding Ltd (0500.HK) dan Google, diterajui oleh Alphabet Inc (GOOGL.O) turut bersama dalam meraih dana, menjadikan perusahaan tersebut bernilai $10 bilion.

Manakala perbincangan dana bersama Amazon.com Inc (AMZN.O) telah dibatalkan, begitu juga perbincangan bersama Meituan Dianping (3690.HK) untuk mendapatkan pelaburan yang lebih besar. Gojek dan Amazon enggan memberi sebarang komen manakala Meituan Dianping tidak memberi sebarang respon.

Jumlah dana terkini tidak didedahkan buat masa sekarang. Namun, pengumpulan dana tersebut pada Mac lalu mencatatkan jumlah $1.2 bilion.

 

Anda mungkin juga berminat