GOLD Analisa Fundamental Harian 20 Mar 2015

51

moshedfx-forex-malaysia-gold-008

Harga emas menyusut lebih $17/oz Khamis semalam, walaupun masih bertahan di atas pivot mingguan – sekitar $1,159.58 ketika artikel ini ditulis.  Harga emas meningkat lebih 2%, selepas data-data ekonomi dalam minit mesyuarat FOMC, menyarankan perkembangan kuasa ekonomi terbesar dunia, bakal berkembang dengan lebih perlahan. Walaupun Federal Reserve menggugurkan perkataan sabar dari minit mesyuaratnya, jangkaan GDP dan kadar sasaran untuk kenaikan “interest rate” yang lebih rendah, menyebabkan para pelabur mula menjual Dollar.

Di Russia pula, diberitakan tentera menyambut ulang tahun kemasukan Crimea kedalam jajahan Russia.  Keadaan ini dilihat oleh barat sebagai pertunjukan kuasa tentera oleh Russia dan mungkin satu provokasi terhadap Ukraine.  Ekonomi Russia yang terkesan dari kejatuhan teruk harga minyak mentah serta sekatan ekonomi oleh barat, boleh menyebabkan Russia cuba menunjukkan belangnya; sekaligus menjana permintaan untuk emas.

Emas yang tidak membayar sebarang “interest”, hilang tarikan apabila kenaikan “interest rate” menjadi tumpuan para pelabur.  Namun pelaburan kalis inflasi ini amat berharga dikala krisis melanda.  Pasaran hari ini dijangka dalam dagangan ‘ranging’ dan berhati-hati.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat