GOLD Analisa Fundamental Harian 23 Feb 2015

62

moshedfx-forex-malaysia-gold-017

Emas yang melonjak naik lebih $13 pada sesi pembukaan London, menjunam semula selang beberapa jam ke paras terendah sekitar $1,198.20 sebelum menutup sekitar $1,201.95 Jumaat lalu.  Ketika artikel ini ditulis, emas berada sekitar harga purata kos produksi $1,200/troy oz.  “Stop and reverse” indikator di carta bulanan telah pun berubah kepada uptrend sejak Januari lalu dan sebarang kejatuhan dilihat sebagai peluang baik untuk belian.

Minit mensyuarat FOMC baru-baru ini yang mengesahkan kerisauan Feds tentang kekuatan Dollar dan kelemahan ekonomi global adalah satu sebab kukuh untuk harga emas kembali meningkat, menurut Bob Haberkom, broker komoditi kanan di RJO Futures Chicago.  Kenaikan “interest rate” akan mengurangkan tarikan belian untuk emas yang tidak membayar sebarang “interest” atau dividen, berbanding bon-bon kerajaan yang membayar dividen.

Buat masa ini, para pelabur terus memerhatikan lanjutan krisis “Grexit” di Eropah, apabila Greece membuat permohonan pinjaman baru dan tidak mahu meneruskan perjanjian lama dengan memohon lanjutan.  Pasaran menjangka krisis ini akan selesai, kerana permintaan untuk emas dilihat semakin mengurang buat masa ini.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat