GOLD Analisa Fundamental Harian 25 April 2016

48

Harga emas jatuh lebih $25.00/oz Jumaat lalu, untuk ke paras terendah harian sekitar $1,227.44/oz sebelum menutup sekitar paras $1,233.04/oz; setelah perhatian pasaran mula beralih kepada mesyuarat FEDs minggu ini, selepas pasaran menjangka satu kenyataan agresif, mengumumkan kenaikan kadar pada Jun ini.  Pada masa yang sama, permintaan untuk aset berisiko yang juga meningkat, mengurangkan tarikan kepada logam berharga emas.

Namun begitu, HSBC melihat emas akan kekal disokong, walaupun penganalisis sedia maklum bahawa satu sekatan yang berpotensi adalah dalam peningkatan dalam selera untuk aset berisiko yang lain seperti ekuiti. “Kenaikan emas adalah sebahagian besarnya di bawah ancaman dari kebangkitan dalam selera risiko pelabur,” menurut penganalisis di HSBC. “Kenaikan dalam pasaran saham untuk ke paras tertinggi 2016 yang baru, jika ianya berterusan, boleh merobek oksigen yang diperlukan emas untuk terus meningkat.” tambah beliau lagi.

Namun, potensi kekuatan pasaran ekuiti boleh menimbulkan kurang risiko kepada kenaikan harga emas, berbanding tempoh kenaikan pasaran saham pada sebelumnya. Ini kerana emas cenderung untuk meningkat dengan baik, apabila sebarang kemungkinan kenaikan dalam kadar AS adalah kurang, sekaligus memberati Dollar AS, HSBC menambah.

[adrotate group=”6″]

“Terdapat juga kemungkinan bahawa pergerakan lebih jauh pada lengkung risiko boleh kembali menyokong emas,” menurut HSBC, sambil memetik satu artikel dalam Financial Times yang mengatakan bahawa kadar negatif di sesetengah negara telah mendorong bank-bank pusat mereka untuk melabur dalam aset yang lebih berisiko. Sementara itu, permintaan dari China yang lebih baik juga telah membantu emas, setelah simpanan emas diisi semula selepas Tahun Baru Cina.

“Semua faktor-faktor ini menyebabkan kami melihat kenaikan tersebut untuk terus bertahan, dan walaupun mungkin ada aktiviti pengambilan untung, kami menjangkakan emas untuk terus memacu ke paras yang lebih tinggi,” HSBC membuat kesimpulan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat