GOLD Analisa Fundamental Harian 29 Jul 2015

33

moshedfx-forex-malaysia-gold-013

Emas berada dalam dagangan ‘sideway’ Selasa semalam, dengan pergerakan sekitar $7/oz dari paras tertinggi harian sekitar $1,099.05 ke serendah $1,091.65; setelah emas berlegar berhampiran paras terendahnya sejak awal tahun 2010, mencerminkan pelabur yang teragak-agak untuk membida di tengah-tengah jangkaan yang semakin meningkat tentang kenaikan jangka pendek “interest rate” AS.

Federal Reserve memulakan mesyuarat dua hari semalam, di mana pembuat dasar mungkin menghantar isyarat bahawa kenaikan “interest rate” pada lewat tahun ini setelah ekonomi AS bertambah kukuh.

Kejatuhan yang lebih awal dalam pasaran saham China bulan ini, serta krisis hutang Greece gagal untuk mencetuskan sebarang pembelian yang lebih banyak untuk emas, dengan para pelabur yang tertumpu kepada kenaikan “interest rate” AS; yang telah mengukuhkan Dollar dan memalapkan permintaan untuk aset tanpa “interest” seperti emas.

Keyakinan pelabur dalam emas kekal goyah selepas kejatuhan minggu lalu, disertai dengan jumlah dagangan yang besar di New York dan Shanghai. Emas jatuh lebih daripada 3% minggu lalu, yang paling buruk sejak Mac.

Trading anda masih belum konsisten? Mantapkan kefahaman Asas anda dalam teknikal dan fundamental analisis dengan memiliki Pakej Mudahnya Belajar Forex dari MoshedFX – Klik Sini untuk lihat Testimoni

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat