GOLD Didagangkan Berhati-hati

673

Harga emas turun lebih rendah pada hari Isnin di tengah-tengah pengukuhan US dolar dan pasaran saham global yang disokong oleh prospek ekonomi yang meningkat.

Pada awal sesi Eropah, spot emas diperdagangkan di sekitar harga $1,726 per auns, setelah susut 0.7% pada minggu lalu dan berada di landasan untuk mencatatkan kerugian untuk bulan ketiga berturut-turut.

Menjelang penutupan dagangan bagi bulan Mac, dagangan emas dijangka akan terus berisiko dengan ketidakpastian yang berlaku dalam pasaran.

Walaupun pasaran kini dibebankan oleh kebimbangan terhadap gelombang ketiga coronavirus sehingga menyebabkan penutupan dilanjutkan di Eropah, namun keyakinan terhadap pemulihan yang lebih kuat di Amerika Syarikat menyebabkan pegangan emas terus dilepaskan.

Presiden AS Joe Biden dijangka akan melancarkan rancangan baru terhadap infrastruktur yang akan menelan belanja sehingga $3 trilion pada hari Rabu bagi menyokong pemulihan yang lebih kuat.

Dalam pada itu, logam berharga emas turut menerima tekanan daripada hasil perbendaharaan AS 10 tahun yang kekal tinggi walaupun sedikit susut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat