GOLD Junam Bawah $2000, Siri Kenaikan Harga Telah Berakhir?

1,352

Faktor kestabilan pada nilai dagangan US dolar telah mendorong penurunan harga emas hari ini yang dilihat telah menjunam di bawah paras $2000 per auns pada awal sesi Eropah.

Pelabur emas mula tidak senang duduk selepas corak penurunan awal harga emas pada carta XAU/USD sejak minggu lalu semakin memberi gambaran bahawa momentum lonjakan komoditi besi kuning tersebut sudah berakhir.

Harga emas telah mencapai paras tertinggi sepanjang masa pada minggu lalu sekitar ketinggian $2075.00 sebelum mula menunjukkan penurunan semula.

Selepas melepasi paras $1800, harga emas terus mencatatkan peningkatan lebih $300 sehingga menghampiri paras $2100 dalam tempoh 3 minggu sebelum kembali pamerkan penurunan untuk minggu ini.

Pergerakan harga mendatar pada awal minggu yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga di carta XAU/USD memberi isyarat perubahan trend bearish untuk dagangan emas minggu ini.

US dolar semakin mendapat rentak pengukuhan disokong oleh ketegangan hubungan antara dua ekonomi gergasi dunia iaitu Amerika Syarikat (AS) dan China yang berterusan menambah konflik baru yang membuatkan para pelabur lebih berwaspada.

Walaupun kedua-dua matawang US dolar dan komoditi emas berada dalam kelompok safe-haven, US dolar kelihatan lebih mendominasi untuk dagangan minggu ini secara perbandingan nilai. Namun pelabur akan menantikan pula data inflasi AS yang akan menentukan pergerakan selanjutnya bagi US dolar.

Jika harga kekal meneruskan junamannya, penurunan harga akan kembali dijangkakan ke paras 1900.00 yang dilepasi pada 3 minggu lalu.

Namun jika harga kembali menyambung semula lonjakan, paras halangan MA50 akan diuji sebelum menuju semula paras tertinggi yang dicapai minggu lalu yang menjadi zon resistance tertinggi pernah direkodkan.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat