GOLD Sambung Menjunam!

1,784

Pasaran sesi Asia menyaksikan dagangan emas diheret lebih rendah, ditekan oleh raja matawang US dolar yang terus menguat menjelang mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) minggu ini.

Ketika penulisan, spot emas diniagakan susut pada $1,744 per auns, menembusi paras terendah yang dicapainya pada Khamis lalu, tahap paling rendah pernah dicatatkan sejak awal Ogos.

Sementara niaga hadapan emas pula didagangkan suram di sekitar harga $1,745 per auns.

Mesyuarat polisi Federal Reserve (Fed) pada minggu ini akan menjadi tumpuan, setelah harapan untuk bank pusat AS memulakan pengetatan dasar kembali meningkat susulan laporan jualan runcit yang sangat kuat pada minggu lepas.

Laporan ini menunjukkan kuasa beli pengguna semakin kuat dan pemulihan ekonomi masih berterusan di AS walaupun sektor-sektor lain seperti pekerjaan sedikit melemah pada bulan lalu.

Jangkaan ini juga telah memacu pengukuhan dolar greenback ke paras tertinggi tiga minggu, menyebabkan harga emas lebih mahal bagi pemegang matawang utama lain.

Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga menguat di sekitar tahap tertinggi lebih satu bulan pada 1.36%, sekali gus memberi tekanan buat logam kuning itu untuk kekal didagangkan suram.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat