GOLD Terus Garang Selepas Melonjak Tinggi

554

Emas kekal didagangkan stabil pada hari Selasa, disokong oleh kejatuhan indeks dolar AS yang terus melemah di sekitar paras terendah 2 setengah bulan berbanding pesaing utamanya.

Walaupun US dolar sedikit meningkat menjelang akhir sesi New York disebabkan penyusutan dalam pasaran saham AS, namun, faktor sokongan tidak dapat mendorongnya meningkat lebih tinggi.

Harga emas juga masih mempertahankan kedudukannya untuk diperdagangkan lebih tinggi, meskipun hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat semula dari paras terendah dua bulan yang dicapainya pada Jumaat lalu.

Pada sesi Asia, logam berharga itu diniagakan berlegar di sekitar paras ketinggian tiga bulan pada $1,835 per auns, sementara niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,836 per auns.

Emas telah mencatat kenaikan mingguan terbesar sejak November minggu lalu setelah laporan NFP menunjukkan perlambatan dalam pertumbuhan pekerjaan AS dengan memaparkan bacaan yang jauh lebih lemah daripada dijangkakan oleh pasaran.

Pasaran kini menantikan pengeluaran data inflasi AS pada hari Rabu, yang diramalkan akan menunjukkan peningkatan harga berterusan pada bulan April.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat