Goldman Sachs Buat U-turn? Ekonomi Zon Eropah Dijangka Tidak Akan Meleset Pada 2023?

211

Goldman Sachs berkata pada hari Selasa ia menjangkakan ekonomi zon Eropah berkembang sebanyak 0.6% pada tahun ini, berbanding dengan ramalan penguncupan sebelumnya berikutan hasil daripada kejatuhan harga gas asli dan pembukaan semula sempadan China.

“Kami mengekalkan pandangan kami bahawa pertumbuhan zon Eropah akan lemah sepanjang bulan-bulan musim sejuk berikutan krisis tenaga tetapi tidak lagi dilihat adanya kemelesetan teknikal,” kata ahli ekonomi Goldman Sachs yang diketuai oleh Sven Jari Stehn.

Bank Wall Street pada bulan November meramalkan penguncupan 0.1% untuk rantau ini. Kemelesetan teknikal biasanya ditakrifkan sebagai penguncupan dua suku berturut-turut dalam keluaran dalam negara kasar (KDNK).

Inflasi zon Eropah dijangka catat bacaan sekitar 3.25% pada akhir 2023 berbanding unjuran 4.50% sebelum ini, kata pakar ekonomi. Pada bulan Disember, pertumbuhan harga pengguna zon Eropah perlahan kepada 9.2% daripada 10.1% sebulan sebelumnya, berdasarka data Eurostat pada minggu lepas.

Inflasi teras bagi rantau itu juga dilihat perlahan kepada 3.3% menjelang akhir tahun kerana harga barangan semakin perlahan namun tekanan menaik yang berterusan dijangka ke atas inflasi perkhidmatan disebabkan peningkatan kos buruh, kata Goldman.

Memandangkan sifat inflasi yang ditonjolkan masih “melekat”, Goldman menjangka Bank Pusat Eropah akan kekal hawkish dan menyampaikan kenaikan 50 mata asas pada Februari dan Mac sebelum perlahan kepada 25 mata asas untuk kadar terminal 3.25% pada bulan Mei.

Untuk UK, oldman melihat penguncupan yang lebih kecil sebanyak 0.7% dalam KDNK, berbanding jangkaan awal untuk ia menyusut sebanyak 1%, dibantu oleh harga gas borong yang lebih rendah.

Memandangkan pasaran buruh UK kekal terlalu panas, bank A.S. menyaksikan kenaikan 100 mata asas lagi oleh Bank of England.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat