Goldman Sachs Nak Pulangkan Semula Wang 1MDB?

636

Goldman Sachs Inc yang terlibat dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membuat satu kenyataan bahawa syarikat itu sedang berusaha untuk memulangkan kembali wang kepada rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Operasi Golman Sachs, John Waldron menyatakan bahawa mereka akan mendapatkan semula wang rakyat Malaysia dan menyelesaikan masalah tersebut dengan tindakan yang sewajarnya.

Bagaimanapun, beliau menyatakan bagi menentukan tempoh masa untuk menyelesaikan masalah itu adalah sukar dan enggan memberi kenyataan lebih lanjut apabila ditanya mengenai prospek untuk penyelesaian dengan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS).

Sebelum ini, Goldman Sachs telah menawarkan RM1 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan terhadap tindakannya dalam skandal 1MDB tetapi ditolak oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana ia tidak berbaloi dengan kerosakan yang dilakukan oleh syarikat itu.

Kerajaan Malaysia telah menfailkan pertuduhan jenayah terhadap 17 pengarah dan bekas pengarah tiga anak syarikat Goldman Sachs Inc antara tahun 2012 dan 2013 atas pengendalian bon bernilai US$6.5 bilion yang diterbitkan oleh 1MDB. Mahkamah menetapkan kes perbicaraan tersebut pada Isnin depan.

Selain itu, dua bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Tim Leissner dan Roger Ng juga telah didakwa oleh pendakwa raya AS berikutan penglibatan mereka dalam skandal pengubahan wang haram 1MDB.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat