Google Akan Tambah Baik Dasar Pengiklanan Kanak-Kanak

164

Melindungi kanak-kanak jauh lebih penting kan.

Alphabet Inc milik Google akan menambah baik penguatkuasaan dasar iklan sensitif bawah umur serta-merta selepas terdapat iklan yang memaparkan mainan seks, minuman keras dan pelaburan berisiko tinggi dalam enjin cariannya.

Pada September lalu, United Kingdom (UK) telah menguatkuasakan peraturan bagi melindungi kanak-kanak dari dikesan dalam talian dan sebagai tindak balas, pihak Google telah menyaring kandungan yang dipaparkan di negara Eropah bagi pengguna yang berumur di bawah 18 tahun.

Namun, baru-baru ini pihak Reuters, syarikat agensi berita antarabangsa, mendapati iklan yang dipaparkan di Google bertentangan dengan usaha mereka mematuhi peraturan yang diperkenalkan di UK itu.

Pihak Reuters turut mendapati iklan yang ditunjukkan di UK kepada pengguna yang telah log keluar minggu lepas memaparkan perdagangan leveraj, ubat kolesterol, peruncit mainan dewasa dan kedai runcit utama yang promosikan produk vodka.

Syarikat-syarikat teknologi menghadapi cabaran besar dalam memastikan kandungan yang dipaparkan mematuhi peraturan yang dikuatkuasakan di UK.

Meta Platfroms Inc milik Facebook dan Microsoft Corp turut mengharamkan banyak kategori iklan sensitif bawah umur atau meletakkan tanggungjawab kepada pengiklan untuk menyasarkan iklan mereka dengan cara yang mengehadkan pendedahan kepada golongan bawah umur.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat